Seramai 10 individu termasuk enam kanak-kanak terperangkap dalam kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali pada 28 November 2022. Foto Bomba Selangor
AGENDANASIONAL

Kepala air, kanak-kanak antara 10 individu terperangkap di air terjun Batang Kali

SHAH ALAM, 28 NOV: Seramai 10 individu termasuk enam kanak-kanak terperangkap dalam kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali, hari ini.

Mereka yang berusia enam hingga 63 tahun itu dipercayai terperangkap di lokasi kejadian hampir empat jam, lapor portal Harian Metro.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

“Sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat 10 mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan” katanya.

Anggota bomba menyelamatkan 10 individu termasuk enam kanak-kanak terperangkap dalam kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali pada 28 November 2022. Foto Bomba Selangor

Norazam berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Sungai Buloh berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Ketika ini, anggota bomba berjaya pergi ke seberang sungai dan dalam proses memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya.


Pengarang :