Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom Mohamad Ikwan Adam Azha mengikuti teknik menjawab soalan melalui portal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kediamannya di Jenjarom, Kuala Langat, Banting pada 4 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kerajaan Negeri sedia tambah subjek elektif PTRS untuk pelajar SPM

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri sedia menambah subjek dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi meningkatkan pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri bagi melihat keperluan menambah beberapa subjek elektif yang lain.

“Modul yang disediakan adalah mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Tahun ini Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM7 juta untuk menjayakan PTRS.

Peruntukan itu antaranya bagi memantapkan pengisian portal http://ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.


Pengarang :