Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang tidak melepaskan peluang menyertai program tukar minyak hitam motosikal satu liter secara percuma anjuran Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang
ADNSELANGOR

Khidmat tukar minyak hitam motosikal DUN Hulu Kelang manfaat 1,200 penduduk

SHAH ALAM, 4 NOV: Seramai 1,200 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dianggarkan menerima manfaat menerusi program tukar minyak hitam motosikal satu liter secara percuma.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang berkata program anjuran Ahli Dewan Negeri (ADN) Saari Sungib dilaksana dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan Koperasi Unggul Gombak Berhad (KUGB).

“Seramai 100 orang peserta terawal dapat minyak hitam percuma dan perkhidmatan tukar minyak juga percuma. Setakat ini semua tempat mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Kawasan AU4 adalah lokasi yang ke sembilan dianjurkan YB Saari Sungib sejak awal tahun menggunakan peruntukan ADN,” kata Mohd Helmizan Abdul Karim ketika dihubungi.

Menurut beliau, program sama bakal diadakan di tiga lagi kawasan DUN itu sebelum akhir tahun ini.


Pengarang :