PBTSELANGOR

Klang bandar pintar menjelang 2030, orang ramai diajak kongsi idea

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggalakkan orang ramai berkongsi idea bagi menyediakan pelan tindakan bandar pintar menjelang 2030.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata ia sebagai aspirasi untuk mempersiapkan MPK dalam pengurusan yang cekap dan memperkasakan warganya ke arah transformasi bandar pintar.

“Pelan tindakan ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada agensi kerajaan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan ke arah mencapai visi Klang Bandar Pintar menjelang 2030,” katanya menerusi Facebook.

Kumpulan sasar yang disaran terlibat dalam kajian itu adalah penduduk bermastautin di dalam dan luar Klang, bekerja di Klang dan warga asing.

Kaji selidik bermula pada 28 November hingga 9 Disember 2022 dan borang soal selidik atas talian boleh diperolehi melalui pautan https://arcg.is/08innT1


Pengarang :