Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kota Raja Mat Sabu membantu kempen HARAPAN di Libaran, Sabah pada 14 November 2022. Foto Facebook Mohamad Sabu
AGENDANASIONAL

Kota Raja jadi kubu kuat HARAPAN hasil kejayaan program negeri

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 14 NOV: Pelbagai kemudahan dinikmati penduduk Selangor bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008.

Calon kerusi Kota Raja Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata situasi itu mendorong ramai rakyat terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri.

“Sokongan semakin mantap pada 2013 dan semakin kukuh pada 2018. Kota Raja kekal menjadi salah satu kubu kuat kita dengan sokongan rakyat serta kerjasama erat jentera parti,” katanya di Facebook pada 13 November.

 Rafizi Ramli

Calon kerusi Pandan Rafizi Ramli terus mendapat sokongan padu daripada penduduk meski beliau sibuk berkempen di seluruh negara.

“Suasana berkempen di Pandan memang tidak panas dari dulu pun. Saya tidak banyak berceramah atau berucap di Pandan, lebih kepada berjumpa pengundi pelbagai kaum dan usia.

Gobind Singh Deo 

“Terima kasih kepada pengundi yang hadir untuk bertegur sapa dan masih ramai yang ingat saya semasa muda (10 tahun lepas) tatkala saya mula-mula bertanding di sini,” katanya menerusi Facebook pada 13 November.

Calon kerusi Damansara Gobind Singh Deo pula berjanji memberi khidmat terbaik kepada pengundi jika terpilih sebagai ahli parlimen.

“Saya berterima kasih setiap sokongan dan dukungan setiap aktiviti ramah mesra bersama penduduk di Pasar Seri Setia, Sungai Way dan Pasar Basah Sea Park pada Ahad lepas,” ujarnya di Facebook pada 13 November.


Pengarang :