Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin, Batu Uban, George Town pada 4 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KPN: Polis bersedia hadapi pasca PRU15, tempoh pembentukan kerajaan

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersedia menghadapi fasa pasca-pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan tempoh pembentukan kerajaan dalam memastikan ketenteraman awam terjamin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam dalam tempoh pasca-PRU15 ini.

“Semua elemen telah digerakkan untuk memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya dan menambah PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara.

Acryl Sani berkata PDRM mendapati proses pengundian bagi PRU15 yang berlangsung semalam adalah lancar.

PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan.

– BERNAMA


Pengarang :