Sebahagian penduduk hadir mendengar ceramah umum sempena Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Bandar Baru Ampang. pada 16 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kuasa rakyat bawa perubahan, pilih pemimpin peduli kebajikan

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG, 17 NOV: Cuaca hujan tidak menghalang ribuan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) hadir ke Ceramah Pilihan Raya Parlimen Ampang dan Pandan di sini malam tadi.

Berlangsung di Bandar Baru Ampang, ketibaan pengerusi gabungan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan percikan bunga api dan laungan ‘reformasi’.

Calon HARAPAN Parlimen Ampang Rodziah Ismail dalam ucapannya menekankan isu penindasan terhadap rakyat hingga ramai yang terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup.

“Saya sedih melawat rumah pasangan suami isteri tua yang bertanya makanan. Inikah pemimpin yang meninggalkan rakyat begitu sahaja sedangkan mereka bermewah-mewah membalut tiang dengan bendera?

Sebahagian penduduk menghadiri ceramah umum sempena Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Bandar Baru Ampang pada 16 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Rakyat miskin dan ada yang dibelenggu hutang. Inilah perubahan yang perlu kita buat. Pihak yang berkenaan perlu turun padang, ketuk pintu setiap rumah melihat bagaimana nasib rakyat,” katanya.

Rodziah yang juga calon nombor satu dalam kertas undi menambah pemerkasaan kebajikan rakyat menjadi keutamaan HARAPAN selain membela nasib belia.

Sementara itu, Anwar menegaskan isu kelembapan ekonomi perlu diberi tumpuan dan diatasi segera bagi memastikan negara mampu menarik pelaburan baharu.

“Kerajaan sebelum ini tidak mempedulikan isu ekonomi. Pelaburan tidak masuk, gaji tidak naik tetapi menteri Kabinet bertambah,” tegas calon HARAPAN Parlimen Tambun.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Ampang Rodziah Ismail bersama Datuk Hans Isaac dan penduduk setempat menyalakan lampu telefon sempena Jelajah Harapan di Bandar Baru Ampang. pada 16 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :