Logo Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

Laluan di pusat penamaan calon Parlimen Petaling Jaya, Damansara ditutup

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Empat laluan di sekitar pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Petaling Jaya dan Parlimen Damansara ditutup esok.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Facebook memaklumkan laluan terlibat ialah Jalan Yong Shook Lin di hadapan bangunan IJM hingga Menara Choy Fook Onn dan Jalan 52/18 dari restoran Texas Chicken hingga restoran Ajmeer.

Penutupan turut membabitkan dua lorong berdekatan pusat penamaan calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi Parlimen Petaling Jaya.

“Turut ditutup laluan berdekatan pusat penamaan calon Dewan Komuniti Bandar Utama (BU) untuk Parlimen Damansara dari persimpangan rumah BU 11/7 hingga lampu isyarat,” katanya.

Kesemua laluan yang ditutup bermula 5 pagi hingga 1 petang.


Pengarang :