Projek pembinaan taman perumahan di Jenjarom, Kuala Langat dihentikan serta-merta kerana melanggar syarat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Langgar syarat kelulusan, MPKL henti tujuh projek pembinaan

SHAH ALAM, 1 NOV: Tujuh projek pembinaan sekitar Kuala Langat dihentikan serta-merta atas kesalahan melanggar syarat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), notis dikeluarkan Jabatan Kawalan Bangunan terhadap wakil syarikat projek taman perumahan, kilang dan pengubahsuaian rumah persendirian dalam operasi kelmarin.

Projek pengubahsuaian rumah persendirian di Jenjarom dihentikan serta-merta kerana melanggar syarat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Foto Facebook MPKL

“Siasatan sekitar Jenjarom, Telok Panglima Garang dan Sungai Buaya mendapati kerja pembinaan dijalankan hari cuti umum yang tidak dibenarkan dalam syarat kelulusan.

“Notis pemberitahuan dan notis kesalahan telah dikeluarkan dan diserahkan secara kendiri kepada wakil syarikat,” katanya di Facebook hari ini.

Tambah PBT itu, wakil syarikat terbabit diminta hadir ke pejabat MPKL untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.


Pengarang :