Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama sebahagian pimpinan utama HARAPAN selepas sidang media di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya pada 19 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengangkat tangan selepas sidang media di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya pada 20 November 2022. Turut sama Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri), Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu (dua, kiri), Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook (tiga, kanan), Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) dan Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Siddiq (kanan). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LANGSUNG: HARAPAN blok terbesar dengan 82 kerusi

Gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 menghanyutkan banyak kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) termasuk yang disandang pemimpin utama.

Penyandang yang tewas antaranya Datuk Seri Mahadzir Khalid, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Kejutan itu menjejaskan hasrat HARAPAN untuk menggapai Putrajaya dengan lebih stabil. Bagaimanapun, pencapaian 82 kerusi gabungan tersebut sudah diramal firma penyelidik. PN termasuk PAS meraih jumlah besar dengan 73 kerusi, sementara BN hanya mampu berpuas hati dengan 30 kerusi.

Nasib Pejuang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir lebih malang apabila kedua-dua hilang wang deposit, masing-masing di Langkawi dan Jerlun.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertuah berjaya merangkul Tambun dengan majoriti tipis. Susulan kemenangan 82 kerusi, ia membuka ruangan kerjasama dengan gabungan lain untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Kami telah mencapai mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media awal pagi ini.

Selangorkini memberi liputan semasa jumlah kerusi ketika ia diumumkan. Laporan ini disediakan oleh  Nadiah Zamlus, Khairul Azran Hussin dan Zareef Muzammil.

______________________________________________________________________________________________________

3.40 pagi: (Rasmi) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kerusi Bagan Datuk dengan majoriti 348 undi.

3.15 pagi: (Rasmi) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Tambun dengan majoriti 3,736 undi.

2.55 pagi: (Rasmi) Penyandang Kuala Kedah Dr Azman Ismail tewas kepada calon PN Dr Ahmad Fakhruddin

2.40 pagi: (Rasmi) PN menang di Lumut dengan majoriti 363 undi

2.15 pagi: (Rasmi) Calon BN Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tewas kepada PN sekali gus gagal pertahan Kepala Batas.

2.10 pagi: (Rasmi) Calon PN Mohd Nazri Abu Hassan menang di Merbok dengan majoriti 21,019 undi.

2.05 pagi: (Rasmi) Tan Sri Abdul Hadi Awang pertahan kerusi Marang dengan majoriti 41,729 undi.

2 pagi: (Rasmi) Datuk Seri Mukhriz Mahathir tewas di Jerlun kepada calon PN Dr Abd Ghani Ahmad dengan majoriti 20,456 undi.

1.55 pagi: (Rasmi) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof gagal pertahan Parit Buntar, Perak.

1.45 pagi: (Rasmi) Calon HARAPAN Noor Amin Ahmad gagal pertahan kerusi Kangar apabila tewas kepada Zakri Hassan dari PN

1.35 pagi: (Rasmi) Datuk Mahfuz Omar gagal pertahan Pokok Sena, Kedah

1.30 pagi (Tidak rasmi) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Tambun dengan majoriti 3,736 undi, lapor Malaysiakini.

1.15 pagi: (Rasmi) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dari BN kekal di Lenggong, Perak dengan majoriti 879 undi.

1 pagi: (Rasmi) Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menang di Kuala Kangsar.

12.45 tengah malam: (Tidak Rasmi) Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yoew menang di Batu Kawan, lapor Bernama

12.30 tengah malam (Tidak rasmi) Penyandang dari HARAPAN Noor Amin Ahmad tewas di Kangar.

12.15 tengah malam: (Rasmi) Calon HARAPAN Chiew Choon Man menang di Miri dengan 39,549 undi.

12 tengah malam: (Rasmi) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dari HARAPAN gagal pertahan Kulim-Bandar Baharu selepas tewas dengan majoriti 13,061 undi.

11.45 malam: (Rasmi) Tun Dr Mahathir Mohamad gagal pertahan Langkawi, tewas kepada Perikatan Nasional dengan majoriti 13,518 undi, lapor Harian Metro.

11.30 malam: (Tidak rasmi) Penyandang kerusi Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar kalah kepada calon PN Fawwaz Md Jan, lapor FMT

11.15 malam: (Tidak Rasmi) PAS hampir pasti mencipta rekod apabila menang semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan, lapor Harian Metro.

11 malam: (Rasmi) Datuk Seri Huang Tiong Sii dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang di Sarikei, lapor Sinar Harian.

10.45 malam: (Tidak rasmi) Perikatan Nasional melepasi majoriti mudah membentuk kerajaan negeri di Perlis selepas mendahului 10 kerusi DUN, lapor Harian Metro.

10.30 malam: (Tidak rasmi) Calon Ketereh dari PAS Datuk Khlir Mohd Nor mendahului pesaingnya dengan beza undi lebih 21,000 setakat ini.

10.15 malam: (Tidak rasmi) Lim Guan Eng dari Pakatan Harapan (HARAPAN) meninggalkan pencabarnya dengan 40,689 undi di Bagan.

10 malam: (Rasmi):  Datuk Ali Anak Biju dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pertahan Saratok.

9.45 malam: (Rasmi): Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang kerusi Lawas. Datuk Henry Sum Agong menewaskan Baru Bian dari Parti Sarawak Bersatu dan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Japar Suyut.

9.30 malam: (Rasmi): Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Hanifah Hajar Taib mengekalkan kemenangan di Mukah.

9.15 malam (RASMI): Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Ahmad Johnie Zawawi menang di Igan.

 

 


Pengarang :