Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin membantu penduduk mengangkat barangan yang dibeli ketika Jelajah Darul Ehsan di Balai Raya Blok S Sawah Sempadan, Kuala Selangor pada 22 November 2022. Foto Facebook YB Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

Lebih 20,000 warga DUN Permatang terima manfaat dari 17 program jualan murah

SHAH ALAM, 22 NOV: Lebih 20,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang mendapat manfaat program jualan murah barangan asas sejak Setember hingga hari ini.

Wajil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata jumlah itu melibatkan penyertaan penduduk di 17 lokasi Jelajah Ehsan Rakyat yang menawarkan harga jualan lebih rendah dari pasaran.

“Sejak jelajah ini dilaksanakan awal September, ramai penduduk ambil peluang membeli ayam, daging, ikan, telur dan beras kerana harga murah.

“Penduduk memang menantikan program ini kerana mereka dapat menjimatkan kos belanja selain produk segar. Kita akan teruskan program ini sebagai langkah membantu mereka,” katanya kepada Selangorkini.

Hari ini, program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berlangsung di Balairaya Blok S Sawah Sempadan, Kuala Selangor selain lapan lagi lokasi lain.

Inisiatif melibatkan semua 56 DUN sepatutnya berakhir 6 Disember namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan ia disambung hingga Mac tahun depan.

Jualan itu menawarkan barang keperluan asas seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).


Pengarang :