Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Kasdi (enam dari kanan) dan Ahli Majlis Zon 9 MPS, Muhammad Syamsuzzaman Muhammad Suhaimi (dua dari kanan) dalam Program Santai Mesra JKP Zon 9 MPS di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Gombak pada 26 November 2022. Foto Facebook Rahim Kasdi
PBTSELANGOR

Lebih 300 penduduk sertai saringan kesihatan, tukar minyak hitam percuma di Gombak

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 NOV: Program Santai Mesra JKP Zon 9 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diadakan di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Gombak Sabtu lalu mendapat sambutan meriah daripada lebih 300 penduduk.

Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Kasdi berkata pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, program tukar minyak hitam motosikal serta pemeriksaan kesihatan percuma.

“Program ini bertujuan merapatkan hubungan masyarakat setempat termasuk pimpinan masyarakat dan komuniti setempat bersama ahli majlis,” katanya.

Turut hadir pada program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 2 petang itu ialah Ahli Majlis Zon 9 MPS, Muhammad Syamsuzzaman Muhammad Suhaimi, ahli majlis MPS, ketua kampung dan ketua komuniti setempat.

Program anjuran persatuan penduduk dan juga surau bersama ahli majlis itu turut menjadi platform penyampaian maklumat tentang program dan inisiatif Kerajaan Negeri seperti program Iltizam Selangor Penyayang, skim bantuan serta pelbagai inisiatif lain.

“Sebenarnya selain merapatkan hubungan kita juga dapat berkongsi maklumat mengenai program dan inisiatif yang dijalankan Kerajaan Negeri,” katanya.


Pengarang :