Laman web rasmi info banjir bagi kemudahan awam dalam menghadapi bencana musim banjir dipamerkan pada sesi sembah taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal banjir kilat jika hujan berterusan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 12 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di Selangor melibatkan lima daerah sekiranya hujan lebat berterusan.

Agensi menerusi Facebook memaklumkan daerah diramal mengalami bencana tersebut ialah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang.

Di Klang, kawasan itu ialah bandar Klang, Kapar, pekan Kapar, pekan Pandamaran dan kawasan sekitar manakala Kuala Langat di Kelanang, mukim bandar, pekan Chodoi, pekan Jenjarom, Tanjong Dua Belas, Telok Panglima Garang serta kawasan sekitar.

Di Kuala Selangor pula membabitkan Pasangan, pekan Bestari Jaya dan kawasan sekitar sementara Petaling di bandar Shah Alam, Bukit Raja, Damansara, pekan Batu Tiga, pekan Hicom, Sungai Buloh dan kawasan sekitar.

Bagi daerah Sepang, kawasan disenarai ialah Dengkil, pekan Tanjung Mas, Sepang dan kawasan sekitar.

Untuk maklumat lanjut termasuk keadaan di negeri lain, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my , Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.


Pengarang :