Wakil Kebun Komuniti Pegaga Bukit Indah ketika menerima hadiah penghargaan Laman Hijau Negeri Selangor anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor pada 5 November 2022. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

Lima kebun komuniti MPAJ terima pengiktirafan laman hijau

SHAH ALAM, 9 NOV: Lima kebun komuniti di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima pengiktirafan Laman Hijau Negeri Selangor anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor pada 5 November lalu.

Kebun berkenaan ialah Kebun Komuniti Pegaga Bukit Indah; Kebun Komuniti Pangsapuri Cemara; Kebun Komuniti Pangsapuri Ukay Indah; Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 Keramat dan Kebun Komuniti Ceria Indah Taman Cheras Indah.

Kebun Komuniti Pegaga Bukit Indah menerima anugerah khas apabila memperkenal sistem teknologi bponik yang mampu mengawal kadar asid dan alkali dalam rumah hijau manakala projek komuniti di Kebun Komuniti Ceria Indah diiktiraf antara 10 projek terbaik negara.

“MPAJ juga mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut bagi Anugerah Khas Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

“Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan bagi pembangunan kebun komuniti ke arah menjadikan Ampang Jaya bandar rendah karbon,” kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan.

Mereka yang berminat atau mempunyai tapak cadangan bagi membangun kebun komuniti boleh hubungi Jabatan Belia, Masyarakat & Landskap di talian 03-4285 7012.


Pengarang :