Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat dan memadam api di kawasan kejadian di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 6 November 2022. Foto Bomba KL
AGENDANASIONAL

Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam.

Beliau berkata seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul, Jalan Tun Razak dan Hang Tuah serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang mempunyai lima pintu (rumah) terbakar 90 peratus… tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di rumah berhampiran.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

– BERNAMA


Pengarang :