Longgokan sampah yang ditinggalkan penyokong PN di padang MPAJ, AU2 Taman Keramat selepas ceramah pilihan raya 14 November 2022. FOTO Tik Tok DiDiEm
AGENDANASIONAL

Longgokan sampah cemari padang MPAJ selepas ceramah PN

SHAH ALAM, 15 NOV: Sisa makanan, plastik, kertas dan bendera parti antara sampah yang ditinggalkan penyokong Perikatan Nasional (PN) selepas selesai ceramah pilihan raya parti itu di padang MPAJ, AU2 Taman Keramat semalam.

Video dan foto kawasan padang itu yang bersepah dan tidak terurus dikongsi orang ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan DiDiEm di Tik Tok memaparkan keadaan padang itu dalam keadaan sampah dan kerusi bertaburan.

“Kempenlah penuh tanggungjawab. PN tunjuk contoh yang tak baik….habis padang rosak dan sampah bertaburan,” kata tulisan menerusi Tik Tok berkenaan.

Sebelum ini Pakatan Harapan (HARAPAN) merancang mengadakan jelajah mega Selangor di padang berkenaan pada 16 November, jam 8 malam.

Bagaimanapun lokasi berkenaan ditukar ke Dewan Serbaguna AU2, Taman Keramat pada tarikh dan masa sama.


Pengarang :