Antara 100 asnaf di Bandar Sungai Buaya yang menerima bantuan Aidilfitri dari Lembaga Zakat Selangor. Foto LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS: Bantuan zakat untuk mangsa bah dibuka mulai esok

SHAH ALAM, 20 NOV: Penduduk negeri ini terutama asnaf yang terjejas akibat banjir boleh memohon bantuan ‘LZS Peduli’ daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) mulai esok.

Menurut agensi itu, permohonan bantuan sekali bayar kepada ketua keluarga terkesan berkenaan dibuka sehingga 31 Januari 2023.

“Hanya satu permohonan sahaja bagi setiap kediaman.

“Untuk permohonan lanjut, sila layari www.zakatselangor.com.my/peduli,” tulisnya di Facebook Lembaga Zakat Selangor hari ini.

Bantuan itu terbuka kepada penduduk Islam yang lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangya satu tahun.

Beberapa kawasan di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dilanda banjir baru-baru ini.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian penduduk terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagi menghadapi risiko banjir, sebanyak 796 PPS yang boleh menampung 151,000 mangsa banjir diwarta di Selangor.

Sebanyak 164 bot selain lori dan pacuan empat roda turut ditempatkan di semua daerah manakala 15,972 petugas dari pelbagai agensi bersiap sedia untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.


Pengarang :