Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalur bantuan dalam program turun padang menziarahi asnaf bersama amil kariah. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS turun padang menziarahi asnaf bersama amil kariah

OLEH FUAD HADINATA YAACOB

SHAH ALAM, 7 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) turun padang menziarahi asnaf bagi memantau seterusnya melihat keperluan golongan berkenaan dari semasa ke semasa.

Selain agensi tersebut aktiviti ziarah itu juga melibatkan amil kariah setempat untuk bersama-sama memantau asnaf di bawah kariah masing-masing.

“Aktiviti ini penting bagi tujuan pengemaskinian maklumat penerima sama ada dari sudut kelayakan dan juga keperluan semasa asnaf.

“Bersamalah kita dalam membantu Zakat Selangor khususnya penyaluran maklumat berkaitan mereka yang memerlukan dana zakat dan tidak ketinggalan mereka yang memerlukan pencerahan berkaitan bayaran zakat,” kata agensi itu di Facebook hari ini.


Pengarang :