Oleh Faizal Nazaruddin
SHAH ALAM, 22 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sumbangan fidyah berjumlah RM61,920.00 kepada seramai 516 penerima sekitar Petaling.
Agensi tersebut memaklumkan setiap penerima mandapat barangan kering seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu.
“Kita harap dengan bantuan ini dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan.
“Agihan fidyah disalurkan menerusi rakan strategik Mais di Sekolah Seri Impian Iqra Alam Impian, Muslim Care Global, Masjid Ridhwani Sg. Way Baru, Persatuan Bas Sekolah Selangor, SK Seri Selangor, SMK Subang Jaya dan lain-lain lokasi,” katanya menerusi kenyataan.
Mais turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah dan berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan bebanan golongan memerlukan.
Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.