Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais mengagihkan pek makanan kepada penerima pada 16 November 2022. Foto Facebook Majlis Agam Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih kutipan fidyah kepada 485 penerima di tiga daerah

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 20 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM58,200 kepada 485 penerima pada 16 November.

Agihan disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais ke 20 tempat membabitkan daerah Petaling, Klang dan Kuala Selangor.

“Seramai 485 orang menerima barangan berbentuk pek makanan kering iaitu beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu pekat manis

“Agihan fidyah ini disalurkan antaranya kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 9, Tanjong Karang, Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SK Pelabuhan Klang dan SK Sungai Udang,” menurut agensi itu di Facebook.

Mais mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah kerana sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan bagi meringankan bebanan golongan memerlukan.

Bagi mereka yang belum berkesempatan menunaikan kewajipan membayar fidyah boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui e-MAIS atau klik pautan fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php


Pengarang :