Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah kepada penerima daerah Petaling pada 22 November 2022. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih RM3.38 juta fidyah, manfaat 20,931 penerima

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 26 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sejumlah RM3.38 juta agihan fidyah kepada 20,931 penerima bermula Januari hingga November tahun ini.

Daripada jumlah itu RM1.55 juta diagihkan kepada 14,333 penerima menerusi sumbangan kotak makanan.

“Manakala sejumlah RM1.83 juta lagi diagihkan kepada 6,598 penerima dalam bentuk wang tunai.

“Hasil pengagihan ini telah membantu mereka yang memerlukan terutamanya yang putus pendapatan, miskin sementara dan sebagainya,” katanya di Facebook.

Agensi itu turut menggalakkan orang ramai untuk teruskan menunaikan fidyah kepada Mais.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php


Pengarang :