EXCOSELANGOR

Manfaatkan kemudahan program Sehat dengan memuat turun aplikasi SELangkah

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Warga Selangor perlu memanfaatkan kemudahan program Subsidi Intervensi Psikiatari, Selangor Mental Sihat (Sehat).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata program untuk menilai kesihatan mental itu boleh diakses dengan memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Menerusi SELangkah, pesakit akan mendaftar slot di modul Sehat dan memilih klinik Selcare serta tarikh untuk saringan oleh pegawai perubatan.

“Jika layak, pesakit akan dirujuk kepada pakar psikiatri yang terlibat dalam program yang disubsidi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Bagaimanapun, slot subsidi adalah terhad bagi tahun 2022 dan maklumat lanjut boleh hubungi talian Sehat 1700-82-7536, 1700-82-7537.

Pada 30 Ogos lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Sehat dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covic-19 melanda.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.


Pengarang :