Suasana di pusat penempatan sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia ketika tinjauan berkenaan bencana banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor pada 17 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir Selangor tinggal 48 orang, PPS di Pahang tutup

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 29 NOV: Empat daerah di dua negeri masih terkesan banjir membabitkan 270 mangsa daripada 81 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia menerusi Facebook memaklumkan Perak kekal dengan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 222 orang daripada 67 keluarga masih berlindung di tiga PPS.

Selangor pula terus merekodkan penurunan dengan 48 mangsa daripada 14 keluarga masih berlindung di satu PPS.

Mangsa banjir di Pahang seramai 60 orang daripada 13 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing setelah dua PPS ditutup 12 tengah hari semalam.


Pengarang :