Keadaan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai ketika tinjauan keadaan selepas banjir sekitar jam 2 petang pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Mangsa banjir Selangor turun kepada 182 di lima PPS

SHAH ALAM, 14 NOV: Mangsa banjir di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor turun kepada 182 orang daripada 53 keluarga setakat 6.52 pagi ini.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mangsa terdiri daripada 120 dewasa, 54 kanak-kanak dan 8 bayi.

Semua mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai telah kembali ke kediaman masing-masing.

PPS yang masih aktif ialah SK Sungai Sireh (12), Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (56), Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (18), Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chih Batang Berjuntai (60) dan Dewan Orang Ramai Kampung Johan Setia (36).

Keseluruhan seramai 2,714 mangsa banjir membabitkan 842 keluarga terjejas di enam negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: http://infobencanajkmv2.jkm.gov.my


Pengarang :