Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Shifa, Langkawi pada 16 Oktober 2022 yang dibuka untuk pemindahan mangsa banjir. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir seluruh negara terus turun, 848 orang di 12 PPS

SHAH ALAM, 25 NOV: Jumlah mangsa banjir seluruh negara terus menurun kepada 848 di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 899 orang semalam setakat 8.05 pagi ini.

Menurut laman sesawang info bencana JKM, seramai 105 keluarga masih terjejas di empat PPS di Selangor, manakala 135 keluarga di tujuh PPS (Perak) dan 12 keluarga di satu PPS di Johor.

Menerusi perkongsian Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), hujan diramalkan di sebelah pagi di beberapa tempat di Selangor, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan Johor.

Ribut petir pula dijangka berlaku di beberapa lokasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Johor pada sebelah petang.

Manakala pada sebelah malam Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor diramal hujan sementara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami ribut petir.


Pengarang :