Kemudahan khemah yang disediakan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa di PPS Selangor turun kepada 186, lebih 2,500 seluruh negara

SHAH ALAM, 13 NOV: Mangsa banjir di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor turun kepada 186 orang daripada 51 keluarga setakat 9.18 malam.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mangsa terdiri daripada 138 dewasa termasuk 15 warga emas, 56 kanak-kanak dan seorang bayi.

PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dengan 17 mangsa, SK Sungai Sireh (12), Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (43), Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (18), Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chih Batang Berjuntai (60) dan Dewan Orang Ramai Kampung Johan Setia (36).

Keseluruhan seramai 2,522 mangsa banjir membabitkan 772 keluarga terjejas di enam negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: infobencanajkmv2.jkm.gov.my


Pengarang :