Calon Pakatan Harapan Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu bertemu penduduk di tiga pusat pemindahan sementara dalam Parlimen Kota Raja pada 17 November 2022. Foto Facebook Mohamad Sabu
AGENDANASIONAL

Mat Sabu tinggal kempen di Temerloh, bergegas lawat mangsa bah di Kota Raja

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Mohamad Sabu bergegas dari Pahang bagi melawat mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Parlimen Kota Raja, di sini pagi tadi.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kota Raja berkata beliau berada di Temerloh semalam untuk berkempen namun memutuskan pulang selepas dimaklumkan mengenai bencana alam itu.

“Mendapat khabar berita yang kurang baik beberapa kawasan Parlimen Kota Raja dilanda banjir lagi akibat hujan turun sangat lebat,” katanya menerusi Facebook.

Beberapa kawasan di parlimen berkenaan terjejas banjir kilat antaranya Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Jalan Kebun.

Mat Sabu tekad menangani masalah banjir di Kota Raja bagi jangka masa panjang jika diberi mandat dalam pilihan raya umum, Sabtu ini.

“Namun menangani masalah banjir dalam tempoh jangka masa pendek, saya minta pihak Kerajaan Negeri Selangor memastikan kerja-kerja dapat disegerakan,” ujarnya.


Pengarang :