Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan di Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bawa usul kuat kuasa antilompat parti, pastikan pentadbiran negeri stabil

SHAH ALAM, 23 NOV: Dato’ Menteri Besar membawa usul pelaksanaan enakmen antilompat parti di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata enakmen berkenaan selari dengan akta yang dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan lagi sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran negeri stabil.

“Enakmen ini juga memastikan wakil rakyat menjunjung amanah diberi dan sebagai tindakan menghalang mana-mana pihak meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negeri dan negara.

“Rang undang-undang ini memerlukan persetujuan dewan mulia supaya dapat pastikan kelangsungan pentadbiran Selangor stabil. Saya berharap agar ia dibahaskan dengan tuntas, matang dan diteliti oleh semua,” katanya.

Amirudin berkata penasihat undang-undang negeri juga memberi pandangan supaya rang berkenaan dibawa ke sidang DNS untuk dibentang dan diluluskan.

Bermula Oktober, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos.


Pengarang :