Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan di Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bentang Belanjawan Selangor 2023 jam 3 petang ini, saksikan di Facebook Live

SHAH ALAM, 24 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang Belanjawan Selangor 2023 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada jam 3 petang ini.

Tumpuan dalam belanjawan kali ini termasuklah program pengukuhan ekonomi bagi berdepan kemungkinan kelembapan ekonomi, pemberian bantuan khas kewangan dan program kebajikan kepada rakyat.

Dewan bersidang mulai 23 November dan dijadual tamat 6 Disember.

Disiar secara langsung melalui portal SelangorTV, sebarang maklumat terkini mengenai persidangan dewan akan dihebahkan melalui laman sesawang selangortv.my

Pembentangan juga boleh diikuti secara langsung di Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari sementara laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Pada 20 Oktober, Pejabat DNS memaklumkan sidang yang dirancang bermula 28 Oktober ditangguh bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.


Pengarang :