Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bentang Belanjawan Selangor 2023 petang esok

SHAH ALAM, 24 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2023 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) petang esok.

Dalam surat pemberitahuan sebelum ini, Pejabat DNS memaklumkan dewan dijadual bersidang mulai semalam hingga 6 Disember, manakala belanjawan dibentang pada 25 November.

Disiar secara langsung melalui portal SelangorTV, sebarang maklumat terkini mengenai persidangan dewan akan dihebahkan melalui laman sesawang dewan.selangor.gov.my/.

Laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk MandarinTamil dan Inggeris.

Pada 20 Oktober, Pejabat DNS memaklumkan sidang yang dirancang bermula 28 Oktober ditangguh bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.


Pengarang :