Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk selepas solat Isyak di Surau Darul Muhajirin, Gombak pada 31 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Jangan tinggal nilai agama, elak sifat riak dalam kehidupan

GOMBAK, 1 NOV: Dato’ Menteri Besar mengingatkan rakyat untuk tidak meninggalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan bermasyarakat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata nilai-nilai agama bukan sahaja iman dan Islam semata-mata sebaliknya terdapat ehsan iaitu adab dalam kehidupan.

“Ehsan ini merujuk kepada adab, jika kita tinggalkannya ia menjadi riak dan takabur.

“Nilai ehsan bukan sekadar dalam slogan semata-mata tetapi dalam perbuatan dan perkara yang kita lakukan,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak’ berjemaah di Surau Darul Muhajirin di sini malam tadi.

Amirudin turut menyumbangkan RM5,000 kepada Surau Darul Muhajirin, Gombak Setia untuk bantuan penyelenggaraan rumah ibadat itu.


Pengarang :