Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Taman Samudera, Gombak pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB sangkal tuduhan calon PN, kem Seksyen 16 bawah selenggara Kementerian Pertahanan

SHAH ALAM, 15 NOV: Dato’ Menteri Besar menolak dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) kononnya Kerajaan Negeri tidak menyelesaikan isu tanah membabitkan Kem Rejimen 502 Wataniah Shah Alam dekat Seksyen 16 di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga menjelaskan semakan menunjukkan tiada sejarah permohonan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan ukur ada dibuat.

“Tiada sejarah beri milik kepada mana-mana pihak tanah berkenaan. Dari segi penyelenggaraan bangunan, ia bawah Kementerian Pertahanan,” kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor itu menerusi Twitter hari ini.

Beliau menjawab tuduhan calon PN Shah Alam Dr Afif Bahardin yang mendakwa keadaan kem tersebut daif dan usang berikutan isu tanah di situ tidak selesai.

Dr Afif membuat kenyataan tersebut melalui media sosial sama ketika membuat tinjauan proses undi awal pagi ini.


Pengarang :