Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Sukan Mini Datuk Subadron Aziz di Taman Bukit Permata, Kampung Sungai Chinchin, Gombak pada 18 November 2022. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB sempurna majlis pecah tanah kompleks sukan di Gombak

Oleh Azian Aziz

GOMBAK, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Sukan Mini Datuk Subadron Aziz di Taman Bukit Permata, Kampung Sungai Chinchin, di sini hari ini.

Kompleks sukan itu akan dibina di atas tanah milik Subadron yang juga bekas pemain kebangsaan dengan sokongan Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Pewaris Anak-anak Melayu Gombak (Pewarga).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kompleks sukan tersebut bakal menjadi tempat latihan yang selesa untuk semua pihak terutama generasi muda di Gombak yang berminat menceburi sukan bola sepak.

“Saya gembira dengan usaha ini. Insya-Allah saya sokong dan juga sudah salurkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk bantu menyelesaikan masalah jalan masuk ke kawasan kompleks mini ini.

“Apabila dah selesai secara asasnya kita boleh tengok akademi dan padang bola sepak untuk orang Gombak,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Subadron berkata buat permulaan dua padang bola dan sebuah bangunan pentadbiran akan dibina yang menelan belanja kira-kira RM6 juta.

“Pembinaan dijangka bermula tahun depan dan ambil masa dua tahun untuk siap namun perbincangan lanjut dengan Kerajaan Negeri akan dibuat selepas pilihan raya selesai.

“Stadium ini dibina bukan untuk kegunaan saya sendiri tetapi untuk anak-anak muda yang berbakat dalam bola sepak dan kita utamakan orang Gombak,” katanya yang juga pemilik dan jurulatih Akademi Bola Sepak Subadron.


Pengarang :