ADN Permatang Rozana Zainal Abidin berucap ketika program Khas Penyampaian Bantuan Sumbangan Mangsa Bencana Ribut Daerah Kuala Selangor di Dewan Dato’ Pengawa Permatang, Kuala Selangor pada 7 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

MBI agih RM30,000 bantu 300 pelajar B40 DUN Permatang

SHAH ALAM, 22 NOV: Seramai 300 murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang akan menerima bantuan Kembali ke Sekolah berjumlah RM100 seorang tahun depan.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata sumbangan RM30,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diagih secara berperingkat mulai Januari.

“Semua permohonan sudah diterima dan sekarang dalam proses penelitian supaya bantuan sampai kepada murid (B40) yang benar-benar layak.

“Dalam masa sama pusat khidmat juga akan mengedarkan alat tulis kepada pelajar susah sebagai bantuan melengkapkan keperluan sekolah,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Bermula awal bulan ini, permohonan bantuan MBI dibuka kepada semua 56 DUN bagi membantu penduduk berpendapatan rendah menyediakan keperluan sekolah anak.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 berbanding RM2,500 sebelum ini.


Pengarang :