Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor beramah mesra bersama pelajar pada Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Umbi di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI mahu perluas program cungkil potensi pelajar sekolah rendah seluruh Selangor

KUALA LANGAT, 30 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berhasrat memperluas program Umbi di seluruh sekolah rendah di negeri ini bagi mencungkil potensi dan bakat pelajar.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata ia susulan program perintis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak.

“Hari ini kita lihat Program Umbi 2022 di SK Sungai Manggis mendapat maklum balas yang baik daripada guru-guru, pelajar dan ibu bapa.

“Program ini dibuat khusus bagi membantu murid tahun enam lebih bersemangat dan yakin diri semasa proses pembelajaran di sekolah,” kata Ahmad Azri Zainal Nor hari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Umbi di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Umbi 2022 di Dewan SK Sungai Manggis di sini.

Ahmad Azri berkata, program selama lima sesi pada minggu bermula 5 Oktober menyasarkan pelajar berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Di SK Sungai Manggis kita hanya memilih 20 pelajar kerana kita mahu program ini dijalankan secara bersasar dan berjaya,” katanya.


Pengarang :