Gambar kain rentang mengenai notis penutupan Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang tersebar di media sosial adalah palsu. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ: Notis penutupan Hutan Pendidikan Bukit Gasing palsu

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 12 NOV: Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ) menjelaskan Hutan Pendidikan Bukit Gasing tidak ditutup kepada orang awam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sekeping gambar kain rentang mengenai notis penutupan taman rekreasi terbabit yang tersebar dalam media sosial adalah palsu.

Kain rentang berkenaan menyatakan notis penutupan Hutan Pendidikan Bukit Gasing berkuatkuasa 2 November 2022 sehingga dimaklum kelak.

“MBPJ menerima panggilan daripada orang awam yang bertanyakan mengenai berita berkenaan. Kami memaklumkan berita tersebut adalah palsu,” katanya menerusi Facebook semalam.

MBPJ menjelaskan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar asal dan menyebarkan kepada orang ramai.


Pengarang :