Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diwakili pasukan EX7 menerima anugerah pingat emas dalam International Convention on QC Circle (ICQCC) 2022 di Jakarta, Indonesia pada 18 November 2022. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

MBSA cipta sejarah menang emas konvensyen antarabangsa QC Circle

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 21 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakar sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas pada International Convention on QC Circle (ICQCC) pada Jumaat lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pingat tersebut diperolehi menerusi ahli pasukan EX7 yang membawa ‘Sistem eMMASA’ pada konvensyen terbabit yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

“Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan EX7 MBSA di atas pencapaian yang membanggakan.

“IQCC ini disertai 328 peserta dari 65 kumpulan inovasi yang mewakili 40 organisasi sektor awam dan swasta,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Di peringkat dunia pula penyertaan lebih 1,000 pasukan inovasi dari 13 negara anggota iaitu Bangladesh, China, Hong Kong, India, Japan, Indonesia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Mauritius, Korea dan Malaysia.


Pengarang :