Anggota skuad Pantas MBSJ menerima tiga bot penyelamat untuk digunakan ketika kecemasan terutama bencana banjir. Serahan aset oleh Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar di ibu pejabat MBSJ pada 13 Mac 2022. Foto ihsan MBSJ
PBTSELANGOR

MBSJ sedia lokasi untuk penduduk terlibat banjir pindah kenderaan

SHAH ALAM, 17 NOV: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan kawasan pemindahan kenderaan sementara untuk kegunaan penduduk ketika ditimpa bencana.

MBSJ dalam kenyataan memaklumkan kawasan tersebut terbahagi kepada lima zon supaya memudahkan mereka yang terlibat dalam kejadian banjir atau tanah runtuh.

“Menerusi Pelan Operasi Bantuan Bencana MBSJ, majlis mengenal pasti lokasi sementara kenderaan penduduk terlibat di kawasan risiko ketika banjir berlaku.

“Inisiatif ini adalah bagi mengelak dan mengurangkan tahap kerosakan harta benda ketika bencana,” katanya di Twitter hari ini.

Menurutnya, zon terlibat ialah Subang Jaya, Kota Kemuning, Sri Serdang, Sri Kembangan dan Kinrara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Kawalan MBSJ di talian 03-8024 7700 dari Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5 petang).

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Selangor mengalami peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut dengan kadar taburan hujan antara 100 hingga 400 milimeter (mm) bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.

 


Pengarang :