AGENDANASIONAL

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di empat negeri esok hingga 3 Disember

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri esok hingga 3 Dis.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Terengganu dan Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu ialah Pahang, merangkumi kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan manakala Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

– BERNAMA


Pengarang :