Aksi persembahan peserta ketika menyertai Festival Buskers 2020 sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-20 berlangsung di SACC Mall, Shah Alam pada 23 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

MPAJ anjur pertandingan muzik jalanan, tawar hadiah wang tunai

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 29 NOV: Hadiah wang tunai menanti pemenang pertandingan pemuzik jalanan (buskers) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata johan bakal menerima RM1,000 diikuti naib johan (RM800), tempat ketiga (RM600), enam hadiah sagu hati (RM200) dan persembahan terbaik (RM300).

“Pertandingan buskers diadakan sempena Festival Kebudayaan MPAJ yang berlangsung di Amphitheater MPAJ, Menara MPAJ, Pandan Indah pada 3 Disember ini,” katanya menerusi Facebook.

Tarikh tutup permohonan pada 1 Disember ini dan borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati di https://forms.gle/TdxPy2tpLcipgLF2A.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Zakiah di http://www.wasap.my/601173024108/PertandinganBusking.


Pengarang :