Foto Facebook MPHuluSelangor
PBTSELANGOR

MPHS henti hantar cukai taksiran mulai penggal kedua tahun ini

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) tidak lagi mengeluarkan dan menghantar cukai taksiran mulai penggal kedua tahun ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pembayar cukai boleh membuat bayaran secara dalam talian di https://mphs.gov.my sama ada sekali (setahun) atau dua penggal.

Pembayar cukai taksiran tidak perlu menunggu bil bagi membuat bayaran.

“Pembayaran bagi penggal pertama iaitu sebelum atau pada 28 Februari dan bayaran sebelum atau pada 31 Ogos bagi penggal kedua,” katanya menerusi Facebook semalam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-6064 1331 sambungan 135.


Pengarang :