Majlis Perbandaran Klang berjaya menumpaskan kegiatan membuang sampah haram dan menyita sebuah lori dalam operasi di Jalan Sungai Bertek, Klang pada 8 November 2022. Foto Facebook MPK
PBT SELANGOR

MPK sita sebuah lori, sering buang sisa binaan secara haram

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 NOV: Padah sering membuang sisa binaan secara haram, sebuah lori disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi di Jalan Sungai Bertek di sini, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sitaan dilakukan hasil intipan pasukannya sebelum bertindak mengekori lori berkenaan.

“Pasukan terserempak dengan lori ini di Jalan Yadi iaitu lori yang dikenal pasti sering membuang sampah di Lot 2157, Jalan Sungai Bertek.

“Pasukan telah mengekori lori tersebut yang dipercayai ingin membuang sisa binaan di Teluk Gadong Kecil,” katanya di Facebook.

Sitaan dilakukan bawah Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap MPK 2007.


Pengarang :