PBTSELANGOR

MPK tawar kompaun parkir serendah RM15, sedia kaunter bergerak lunas cukai taksiran

Oleh SHAMZ JOHAN

KLANG, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan bayaran kompaun parkir serendah RM15 hingga RM200 bergantung kepada kesalahan trafik.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kempen sempena perayaan Krismas itu berlangsung selama 20 hari mulai 12 Disember.

“Kempen ini untuk beri peluang orang kena kompaun menjelaskan tunggakan, ” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

“Walau bagaimanapun, kompaun bawah Perenggan 51, Perenggan 36 (2) (e) dan Perenggan 36 (1) (a) tidak termasuk dalam kempen ini.”

Yang Dipertua MPK Noraini Roslan (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Klang pada 30 November 2022. Foto Facebook MPK

Menurut Noraini, bayaran kompaun berkenaan boleh dibuat secara dalam talian selain beberapa kaunter turut dibuka termasuk di ibu pejabat MPK, pejabat cawangannya dan kaunter tambahan di pasaraya Giant Bukit Tinggi dari 10.30 pagi hingga 4.00 petang.

Beliau turut memaklumkan, perkhidmatan kaunter bergerak bagi bayaran cukai taksiran turut dijalankan di perkarangan Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Andalas pada 3 dan 4 Disember dan di Hadapan Pasaraya Econsave Kapar (17 dan 18 Disember) mulai 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

“Saya berharap orang ramai mengambil peluang dengan kemudahan disedia MPK untuk menjelaskan cukai taksiran,” katanya.


Pengarang :