Sebanyak 36 kes dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok semalam atas pelbagai kesalahan. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

MPKL: 36 kes didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan

SHAH ALAM, 17 NOV: Sebanyak 36 kes dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok semalam atas pelbagai kesalahan Undang-Undang Kecil dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1976 (Akta 133).

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Facebook memaklumkan seramai lapan individu dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.

Enam lagi individu telah didakwa dan disabitkan oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan MPKL.

“Seorang individu berusia 40an yang merupakan pengusaha hotel telah didakwa atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen MPKL,” katanya.

Tertuduh telah disabitkan kesalahan dan didenda RM600 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda. Kesalahan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Hotel MDKL 2007.

Pendakwaan dilakukan bersama Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan dibantu Pegawai Pendakwa Ahmad Razali Abdul Manaf.


Pengarang :