Logo Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
PBTSELANGOR

MPKS tawar diskaun 50 peratus kompaun pelbagai kesalahan

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pengurangan kompaun pelbagai kesalahan sebanyak 50 peratus.

Kempen berkenaan bertujuan memberi ruang kepada orang awam menjelaskan kompaun mereka bermula hari ini hingga 15 Disember depan, menurut pihak berkuasa tempatan itu.

“Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat – Citizen E-Payment dan PBTpay.

“Pembayaran secara terus juga boleh dibuat di kaunter cawangan Unit Perundangan,” katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-3289 7385 sambungan 30.


Pengarang :