PBTSELANGOR

MPKS tawar potongan kompaun 50 peratus bagi semua kesalahan

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan potongan bayaran kompaun 50 peratus bagi semua kesalahan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kempen yang bermula hari ini hingga 15 Disember bertujuan menggalakkan orang ramai membayar kompaun.

“Kempen ini bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk menjelaskan kompaun dan mereka digesa mengambil peluang ini,” maklum MPKS di Facebook.

Bayaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi ip3ks, CEPat (Citizen E-Payment) dan PBTPay.

Pembayaran juga boleh dibuat di kaunter MPKS sepanjang Isnin hingga Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-3289 7385 sambungan 30, 31, 32.


Pengarang :