Sebahagian pelajar yang menerima bantuan kelengkapan sekolah anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pusat Pakaian Hari-Hari, Selayang Utama pada 24 November 2022. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS bantu 300 pelajar kurang mampu beli kelengkapan sekolah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 300 pelajar menerima sumbangan kelengkapan sekolah anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program Ceria Kembali ke Sekolah diadakan di Pusat Pakaian Hari-Hari, Selayang Utama.

“MPS berharap melalui sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pelajar yang kurang kemampuan.

“Seterusnya ia juga dapat meningkatkan motivasi untuk mereka meneruskan sesi persekolahan pada tahun 2023,” katanya menerusi Facebook.

Majlis serahan sumbangan dihadiri Yang Dipertua MPS Ir Cheremi Tarman, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Affendei Samingan dan Pengarah Jabatan Korporat Mohamad Zin Masoad.


Pengarang :