Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merangkul tempat pertama Anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022 (Kategori Perbandaran) di Putrajaya semalam. Foto Facebook Majlis Perbandaran Selayang
PBTSELANGOR

MPS rangkul tempat pertama anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merangkul tempat pertama Anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022 (Kategori Perbandaran) semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata anugerah diadakan sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Majlis dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib di Putrajaya.

“HPBS diadakan untuk meraikan dan menghargai peranan perancang bandar dalam pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

“Tahniah kepada MPS di atas kejayaan yang telah dicapai, semoga kekal menjadi bandar yang mampan, progresif dan sejahtera,” katanya menerusi Facebook semalam.


Pengarang :