Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Taman Samudera, Gombak pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Negeri nafi jual tanah Padang Changi, lot milik individu

SHAH ALAM, 11 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak menafikan Kerajaan Negeri menjual tanah Padang Changi di sini, sebaliknya lot berkenaan, hak milik individu sejak 1957.

Sekretariat Kempen Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan tanah tersebut didaftarkan atas nama orang perseorangan pada 17 Mei 1957 dan telah beberapa kali dipindah milik.

“Tuduhan (calon Barisan Nasional) ini adalah tindakan menjual maruah dengan menipu semata-mata ingin meraih undi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang penjualan tanah Padang Changi oleh Kerajaan Negeri kerana plot tanah ini hak milik individu sejak 1957,” katanya pada 10 November.

Sekretariat itu turut mengingatkan calon pihak lawan supaya tidak menjual maruah demi meraih undi berikutan rakyat Gombak memiliki fakta terkini.


Pengarang :