Petugas kesihatan memasukkan vaksin Covid-19 dalam picagari untuk diberikan kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Booster di Klinik Selcare, Seksyen 13, Shah Alam pada 10 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Negeri peruntuk RM1.5 juta sedia 10,000 dos vaksin pneumokokal

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.5 juta dalam menyediakan 10,000 dos vaksin pneumokokal secara percuma bagi memastikan kesihatan penduduk berisiko tinggi terpelihara.

Dato’ Menteri Besar berkata fasa pertama program yang bermula pada 14 November sehingga 31 Disember ini menyasarkan rumah jagaan orang tua, warga emas dan pemegang kad Iltizam Selangor Sihat (ISS).

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira statistik penyakit jangkitan pernafasan yang meningkat dan mendatangkan risiko kepada penduduk terutama warga emas.

“Program ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu Selvax Mobile Team serta Klinik Selcare,” kata Dato Seri Amirudin Shari pada sidang media khas semalam.

Tambah beliau inisiatif tersebut dijayakan Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac).


Pengarang :